Thursday, October 29, 2020

Sop Fishball

 Bahan bahan:

  • Fishball
  • Tauge *optional (tidak letak pun boleh)
  • 1 Tiub Pati Ikan bilis
  • Daun sop daun bawang
  • Tahu lembik
  • Garam secukup rasa
Bahan penumis:
  • 2  biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang lada merah



Serunding

 Bahan bahan:

Sayur Telur

Sayur Broccoli

Sayur Kacang

Kupang Goreng

 Bahan bahan tumis (a) dipotong hiris :

  • 2 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 5 -6 batang Cili Padi merah dan hijau - campur
  • 1 inci halia
Bahan bahan (b):
  • Secubit air Asam Jawa
  • Rencah rencah - garam, ajinamoto dan sedikit gula
  • Kupang
Cara cara:

Panaskan minyak di kuali. Lalu tumis kesemua bahan bahan A sehingga naik bau. Masukkan air Asam Jawa dan rencah rencah. Akhir sekali masuk Kupang, gaul sehingga rata. Biarkan seketika sehingga kupang masak. Tutup api.

Selesai...

Kacang Pool

 Bahan bahan (a):

  • Beberapa biji Limau Kasturi - dibelah dua, setiap biji
  • 5 - 6 biji Lada Hijau - dipotong hiris
  • Bawang besar (kesemua bahan-bahan diagak sendiri untuk barang hiasan).
  • Kacang Panggang (kalau 2 tin, 1 tin dikisar, lalu 1 lagi tin, dihancur ramas).
  • rempah Kacang Pool
  • 3 biji Bawang Merah - dipotong hiris
Bahan bahan kisar (b):
  • 3 batang Lada Hijau
  • 3 biji Bawang Putih
  • 1 1/2 biji Bawang Besar
  • 1 inci Halia
Cara cara:

Panaskan minyak di dalam periuk, lalu tumis kesemua bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga rata lalu masukkan 3 sudu rempah Kacang Pool. Tambah sedikit air, gaull sehingga rata. Biarkan seketika lalu masukkan Kacang Panggang yang telah dihancur dan dikisar tadi. Masukkan rencah-rencah: garam dan ajinamoto.

Masuk air secukupnya, mengikut sukatan lalu gaul sehingga rata. Biarkan mendidih sehingga masak, lalu tutup api.

Selesai...


Nasi Ayam

 Bahan bahan (a) - untuk Nasi 

  • 2 sudu Margarine
  • 1 packet rempah Hainanese Chicken Rice
  • Beras 3 gayung - (untuk 4 - 5 orang makan)
  • 2 helai Daun Pandan - diikat
Bahan bahan (b) - Sambal Cili

Bahan kisar (i):
  • 8 - 10 batang Cili Padi Merah 
  • 4 batang Lada Merah
  • 1 inci halia 
  • 3 ulas bawang putih
Bahan (ii)
  • Sedikit cuka dan air
  • Rencah: garam, ajinamoto dan sedikit gula
Bahan bahan (c) - Kuah Sup
  • 2 sudu Air Halia: - (4 biji bawang merah, Segenggam bawang putih dan sebuku Halia)
  • 1 keping Pati Cube Ikan Bilis/Ayam
  • Rencah-rencah: Garam dan Ajinamoto
  • Daun Sup & Daun Bawang
Bahan bahan (d) - Chap Chai
  • 3 sudu Air Halia
  • Rencah-rencah: Sedikit garam dan ajinamoto
  • 1 sendok Sos Tiram
  • Udang 
  • 1 packet Fishball
  • Carrot
  • Sayur-sayuran Chap Chai: Sayur Kobis, Kacang Peas Hijau, Sayur Bunga (cauliflower)
Cara cara:

[NASI]
Tuangkan Margarine di dalam mangkuk yang kosong, direndam dengan air panas sehingga margarine mencair. Lalu dimasukkan rempah Hainanese Chicken Rice. Gaul sehingga rata dan sebati. Diketepikan.

Tuangkan dua hingga tiga gayung beras, korset seperti masak Nasi biasa. Masukkan rempah Nasi Ayam yang telah diketepikan tadi. Gaul dan masukkan Daun Pandan.

[SAMBAL CILI]
Kisar halus bahan-bahan (i). Tuangkan ke dalam periuk kecil, masukkan sedikit cuka, air dan rencah-rencah. Lalu direbuskan pada api yang sederhana. 

[SUP]
Masukkan Air Halia, pati cube ke dalam periuk kecil. Tambah air mengikut sukatan periuk, masukkan rencah-rencah dan daun-daun. Gaul sehingga sebati lalu direbuskan pada api yang sederhana. 

[CHAP CHAI]
Panaskan minyak di kuali, masukkan Air Halia, tumis sehingga setengah masak, masukkan rencah-rencah dan sos tiram. Gaul lalu masukkan udang, fishball dan dimasukkan Carrot sahaja dahulu kerana Carrot agak keras dan harus dimasakkan dahulu sehingga hempuk. Tambahkan air dan dibiarkan seketika lalu dimasukkan Sayur-sayuran yang telah disediakan tadi.

Selesai...



Friday, October 16, 2020

Sotong Hitam

 Bahan bahan:

  • Sebatang serai (untuk dititik) - kalau sebatang panjang, dipotong 2*
  • Sotong (1 sotong dipotong 2 inci. Jangan dicuci terlalu ganas, kerana air sotong itu yang akan membuat kuah lauk hitam, sedap dan cantik. 
  • Garam, ajinamoto
  • Secubit asam jawa - untuk buat air asam
  • Sedikit kunyit serbuk
Bahan bahan kisar:

  • Segenggam kecil lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2-3 batang padi merah (agak sendiri)
Cara cara:

Didahulukan dengan sotong. Setelah dipotong dan cuci sedikit,toskan sebentar lalu diperapkan dengan kunyit serbuk sedikit. Sementara itu, kisar kesemua bahan bahan kisar. 

Panaskan sedikit minyak di periuk, tumis bahan bahan yang telah dikisar, lalu masukkan serai (titik). Biarkan lauk masak 10-15 minit, sambil itu masukkan air sedikit demi sedikit. Biarkan seketika.
Masukkan air asam jawa, garam, ajinamoto dan serbuk ^Maggi Cukup Rasa^. Gaul sehingga rata, rencah rencah. Masukkan sotong yang telah diperap tadi. Tambah air kalau tidak mencukupi. Biarkan lauk mendidih sehingga sotong hempuk 10-13 minit. Lalu tutup api.
Selesai...








Ikan Goreng Berlada

Bahan-bahan untuk Ikan Goreng Berlada

  • 1 sendok sos tiram
  • ikan - lumur dengan garam dan kunyit

 Bahan (mengisar);

  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam kecil cili padi hijau
Cara cara:

Goreng ikan yang lumur tadi, lalu diketepikan.

Panaskan minyak di kuali, tumis bahan pengisar. Biarkan untuk beberapa minit, lalu masukkan air secukupnya. 

Masukkkan rencah-rencah; garam dan gula secukup rasa. Biarkan sekejap sehingga lada masak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi bila hampir tutup api. Tutup api.

Selesai...

Nasi Goreng Belacan


Bahan bahan:

  • 2 biji bawang merah (dipotong hiris)
  • Segenggam kecil ikan bilis berkepala (goreng dan diketepikan)
  • 3 biji telur (dikocok dengan serbuk cukup rasa)
Bahan-bahan kisar Kasar:

  • 1 1/2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 4-5 batang lada merah
  • Segenggam kecil cili padi merah
  • Belacan
Cara cara:

Panaskan minyak yang banyak di kuali. Goreng ikan bilis dahulu dan ketepikan. Dengan kuali sama, cukup minyak, tumis bawang yang telah dipotong hiris hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kasar. Biarkan lada masak seketika, gaul rata belacan supaya ia serap pada lada yang sedang dimasak. 

Masukkan garam, ajinamoto dan serbuk cukup, ikut ukuran sendiri. Tambah air sedikit dan biarkan lada masak sehingga cukup-cukup untuk Nasi yang telah dimasak. Setelah masak, masukkan Nasi dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tambah lagi sedikit garam, gaul lagi sehingga lada rata pada Nasi. Biarkan nasi digoreng seketika, setelah rata, boleh tutup api. 

Gorengkan telur dada yang telah diketepikan mengikut ukuran sendiri.

Selesai...






Asam Pedas Ikan


Bahan-bahan untuk resepi Asam Pedas Ikan


  • 4 ekor ikan kembong - boleh juga masak dengan ikan tengkiri/ ikan pari/ikan semilang
  • 4 sudu minyak masak 
  • 2 batang serai - 
  • 3 tangkai daun kesom - wajib untuk ada daun kesom untuk semua jenis asam pedas, agar lauk lebih wango
  • kacang bendi - boleh juga campur/atau tukar dengan sayuran lain: terung/ daun kunyit/daun limau
  • 1 biji bawang besar - untuk menumis
  • segenggam air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • semangkuk air asam jawa

Bahan (mengisar):

  • semangkuk lada kering 
  • 2 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia 
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu teh - lada hitam
Cara cara: 

Dahulunya bersihkan ikan. Boleh dibuat hari sebelumnya.

Kisar halus kesemua bahan pengisar bersamaan dengan lada hitam. Panaskan minyak di periuk. Tumis bawang merah yang dipotong hiris sehingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga lada masak dan naik minyak. 

Biarkan seketika 5-10 minit, sambil masuk air sedikit demi sedikit supaya cili tidak hangus. Tuangkan air asam jawa yang telah di ramas, dua mangkuk. Tuang sehingga mencukupi untuk masukkan Ikan dan sayur-sayuran. Masukkan gula dan garam secukupnya.

Baru dimasukkan ikan dan daun kunyit. Biarkan mendidih sehingga lauk masak baru dimasukkan sayur-sayuran. Gaul sehingga rata. Biarkan seketika, tutup api.

Selesai...





















Kari Ayam

 Bahan-bahan untuk resepi Kari Ayam

  • ayam
  • bawang merah - dipotong hiris
  • 4 sekawan: bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
  • 1 kotak 'medium' santan
  • 2 biji buah tomato - 1 biji dipotong 4
  • kentang - buang kulit dan dipotong 4

Bahan rempah;

  • 4-5 sudu rempah kari ayam: asli/babas
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • rempah air halia: bawang merah, bawang putih & halia
  • garam secukup rasa
  • daun kari
Cara-cara:

Terdahulu, campurkan kesemua bahan rempah di dalam sebuah besen kecil dengan air secukupnya. 

Panaskan minyak di periuk, dan tumis 4 sekawan dengan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan bahan rempah yang tersedia, dengan air secukupnya, gaul rata sehingga sebati. 

Biar seketika, masukkan kentang dahulu untuk biarkan kentang hempuk dan biarkan untuk beberapa minit sehingga kentang hempuk. Masukkan santan, air dan ayam. Gaul dan biar masak lagi sehingga ayam masak. 

Lalu dimasukkan tomato, setelah lauk masak dan hampir tutup api, supaya buah tomato tidak hancur. Tutup api.

Selesai...







Ayam Masak Merah

 Bahan-bahan untuk resepi Ayam Masak Merah

  • 1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masa
  • 2 sudu besar sos tomato / 1 tin kecil tomato puri
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan (mengisar);
  • Segenggam lada kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci langkuas
  • 2 tangkai serai - dipotong kecil dahulu

Cara cara:

Ayam yang telah diperap, digoreng terdahulu. Kisar hingga halus bahan-bahan mengisar.

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan kisar. Masukkan sekali tomato puri atau sos tomato, masukkan air secukupnya dan gaul rata sehingga sebati. 

Setelah itu, masukkan garam dan gula secukup rata. Biarkan lauk masak sehingga pecah minyak, barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tutup api.

Selesai...




Ayam Masak Kicap

Lauk ini, saya mempunyai dua cara. Cara yang pertama ialah cara asli contohnya saya guna lada kering rempah ratus kisar sendiri. Cara yang kedua ialah cara instant menggunakan Kicap Mahsuri Pedas. Dalam resepi ini, saya lebih selera masak dengan ayam peha kecil. Selain dari Ayam, boleh juga dimasak dengan ikan tongkol atau daging. Jika masak daging kicap, tambahlah dengan kentang yang digoreng seperti wedges. 


[CARA PERTAMA] asli

Bahan-bahan;

  • semangkuk kicap manis (herbal brand)
  • ayam 
  • cuka - lumur dengan garam dan kunyit
  • kicap manis secukup rasa
  • 1 ulas bawang merah - dihiris nipis 
  • minyak masak
Bahan (mengisar);

  • segenggam lada kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 inci kunyit
  • 2cm halia
  • 1 tangkai serai
Cara-cara;

Kisar bahan pengisar.

Goreng ayam yang diperap tadi. Ketepikan.

Panaskan minyak di periuk. Tumis bawang merah sehingga wangi. Masukkan  bahan kisar. Biar seketika sehingga pecah minyak, masukkan kicap, sedikit cuka dan rencah cukup rasa. 

Gaul sehingga sebati. Biarkan seketika sehingga mendidih, bolehlah masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata sehingga ayam disalut dengan lauk kicap. Tutup api.

Selesai...

[CARA KEDUA] instant

Bahan-bahan:

  • ayam - lumur garam dan serbuk kunyit
  • kicap mahsuri pedas
  • cuka
  • gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan (menumis);
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang lada hijau
  • 2 batang lada merah
Cara cara:

Goreng ayam yang diperap tadi. Ketepikan. 

Panaskan minyak di periuk. Masukkan bahan penumis, tumis hingga naik bau. 

Masukkan kicap, cuka dan rencah cukup rasa. Tambahkan air secukupnya, biarkan masak sehingga mendidih, bolehlah dimasukkan ayam yang tela digoreng. Tutup api.

Selesai...







Ayam Kurma

 


Bahan untuk resepi Ayam Masak Kurma

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam (kepak dipotong dua) - lumur dengan garam & kunyit
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 2 biji tomato - potong 4
  • rempah kurma
Bahan (penumis);

4 sekawan;
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • bunga pelaga
Bahan (mengisar);

  • 5 - 8 padi hijau
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara;
Goreng ayam yang diperap tadi. Ketepikan.

Kisar kesemua bahan mengisar. Campurkan rempah dengan bahan yang dikisar di dalam sebuah mangkuk sedang. Masukkan sekali rencah-rencah: garam secukup rasa dan sedikit gula.

Panaskan minyak di periuk. Tumis bahan penumis. Masukkan rempah yang sudah disiapkan tadi. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.Masukkan kentang dan air, kacau rata dan biarkan sehingga kentang hempuk dan naik minyak. 

Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak.

Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

Selesai...



 

Ayam Lemak Cili Api

 Bahan untuk resepi Ayam Lemak Cili Api

Bahan-bahan;

  • 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit
  • santan - sukatan 1 kotak saiz medium
  • 1 tangkai serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit & 1 tangkai daun limau
  • 1 keping asam keping
  • 3 biji buah keras
  • garam secukup rasa
Bahan (mengisar);
  • 7-8 tangkai cili padi 
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

  • Cara cara:

    Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Sementara itu, kisar kesemua bahan pengisar.

    Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kesemua bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan bahan- bahan masak selama 8-10 minit, sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan asam keping, kemudian masukkan santan  dan daun-daun. Tambah air, dan masukkan garam, ajinamoto dan serbuk cukup rasa mengikut ukuran sendiri. Tambah air mengikut ukuran Ayam. Gaul lauk sehingga rata dengan sebati. Biarkan mendidih sehingga 5-10 minit, lalu masukkan Ayam yang telah digoreng, gaul sehingga rata, tutup api.

    Selesai...





    Ikan Lemak Cili Padi

    Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

    Popular Posts