Tuesday, November 24, 2020

Ayam Masak Cili Kering

 Bahan-bahan untuk resepi Ayam Masak Cili Kering

  • ayam - lumur dengan garam dan kunyit
  • 3 biji bawang merah - dipotong hiris
  • 3 ulas bawang putih - dipotong hiris
  • 1 inci halia - dipotong hiris
Bahan kisar:
  • semangkuk kecil lada kering - kisar kasar

Cara-cara:

Ayam digoreng dahulu lalu diketepikan. Lada kering harus dikisar kasar.

Panaskan minyak di kuali, dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

Masukkan lada kering yang dikisar, sedikit air dan garam secukup rasa.

Biarkan sehingga lada cukup masak, masukkan ayam yang telah digoreng. Tutup api.

Selesai...

Lontong

 

Sambal Sotong:

Dapur Berasap: Sambal Sotong (nuraakitchen.blogspot.com)

Serunding:

Dapur Berasap: Serunding (nuraakitchen.blogspot.com)

Kuah Lemak:

Bahan-bahan:

  • 1 packet tahu kering campur
  • Santan kotak besar
  • Garam dan ajinamoto secukup rasa
  • 1 ikat kacang panjang / kacang buncis
  • 1 biji kobis
  • 2 keping tahu besar - dipotong 6 dan goreng
  • 1 keping tempe - dipotong dan goreng 
Bahan (mengisar):

  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam udang kering
  • segenggam ikan bilis kopek
Cara-caranya:

Mee Soto

 Bahan bahan kisar (a):

  • 2 biji Bawang Besar
  • 3-4 ulas Bawang Putih
  • Secubit kecil Jintan Halus dan Jintan Kasar
  • 3 biji Buah Keras
Bahan penumis :
4 sekawan: Kayu manis, Bunga Cengkih, 

Ikan Masak Kicap

 Cara Instant*

Bahan-bahan untuk resepi Ikan Masak Kicap


  • Ikan - dilemah dengan kunyit & garam
  • Kicap Mahsuri Pedas - Semangkuk kecil
  • 3 biji Bawang Merah - dipotong hiris
  • 3 ulas Bawang Putih - dipotong hiris
  • 2 batang Lada Merah - dipotong serong
Cara-cara:

Terdahulu, goreng Ikan yang telah dilemah tadi lalu diketepikan.

Panaskan minyak dikuali lalu tumis dahulu Bawang Merah, Bawang Putih dan Lada Merah.

Setelah naik bau, masukkan Kicap Mahsuri, Cuka dan 1 sudu kecil gula. Masukkan setengah mangkuk Air.

Biarkan masak seketika sehingga kuah mendidih lalu masukkan Ikan setelah hampir tutup api. Gaul sehingga sebati lalu tutup api.

Selesai...


Ikan Gulai Nenas

 Bahan-bahan untuk resepi Ikan Gulai Nenas

  • semangkuk lada kering
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji nenas - bunang kulit, dan empulur tengah potong kecil, sederhana besar, dipotong lebar, tipis
  • 3 ekor ikan - boleh juga dengan ikan kembong/ ikan selar
  • semangkuk air asam jawa
Bahan (mengisar);
  • segenggam lada kering
  • 2 biji bwang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • secubit lada hitam
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
Cara-cara:

Terdahulu kisar bahan mengisar.

Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk kosong. Masukkan air asam jawa, nenas dan ikan ke dalam periuk itu.Campurkan dengan garam dan gula secukupnya. 

Setelah itu, gaul kesemua bahan-bahan itu sehingga rata. Letakkan periuk ke atas dapur dan hidupkan api dengan suhu yang sederhana. Biarkan lauk sehingga mendidih dan ikan kelihatan masak. Tutup api.


Selesai...


Dalcha Daging

 Biasanya, daging saya rebus terdahulu dengan air secukupnya di periuk besar sehingga hempuk. 

Bahan-bahan untuk Dalcha Daging;
  • 3 biji kentang - belah 4
  • 1 batang lobak merah - buang kulit, potong panjang 1 inci
  • 1 cawan kacang dal - direbus/direndam
  • 1 batang terung
  • 2 biji tomato - belah empat
  • 1 mangkuk kacang panjang / kacang buncis
  • 3 batang lada hijau - potong 4 serong
  • daging tetel / rusuk kambing / tulang lembu
  • 1 packet santan 
  • semangkuk air asam jawa
  • kacang gajus - kisar halus
Bahan rempah;
  • 5 sudu rempah dalcha
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air halia
  • garam secukup rasa
  • 4 sekawan
Cara cara:

Gaul kesemua bahan rempah di dalam mangkuk kecil dengan air
 
Sementara daging direbus, panaskan minyak di periuk lain dan tumis 4 sekawan dengan bahan rempah dan kacau rata sehingga garing. Masukkan air secukupya dan biarkan sehingga pecah minyak. 

Setelah daging nampak empuk, tuang bahan tumisan dan kacang gajus ke dalam periuk daging. Kacau rata dan masak lagi sehingga mendidih. 

Picitkan air asam jawa di dalam mangkuk dan tuang santan. Optional, jika tidak mahu menggunakan santan pun boleh. Masukkan sayuran mula dari kertas seperti: kentang, lobak merah dan kacang panjang. Barulah sayur yang lain dimasukkan kemudian. Akhir sekali, masukkan terung dan tomato. Setelah hampir tutup api, tabur lada hijau. Tutup api.

Selesai...







Saturday, November 21, 2020

Lemak Lodeh

Bahan bahan (a):
  • 1 buku Belacan Bakar/ Belacan Serbuk
  • 2 batang Lada Hijau ( dipotong hiris)
  • 1 batang Lada Merah (dipotong hiris)
  • 1 paket Tahu Kering (campur) - (dipotong dan direndam sehingga lembik)
  • Kacang panjang
  • Sayur kobes 
  • 1 kotak Santan (medium)
  • Rencah-rencah: 2 sudu garam dan ajinamoto
Bahan bahan kisar (b):
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 biji Bawang merah
  • 1 batang Serai
Cara cara:

Kisar bahan-bahan (b), lalu diketepikan dahulu.
Panaskan minyak di periuk, tumis belacan hingga naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Beberapa minit seketika,  masukkan lada hijau, lada merah dan tahu kering. Sementara itu, masukkan air hingga setengah periuk, santan dan rencah-rencah. Biarkan mendidih, lalu dimasukkan kesemua sayur-sayuran, gaul sehingga rata. Tutup api.

Selesai...

Nasi Lemak

 Bahan bahan (a) - Nasi

  • 2 ikat Daun Pandan
  • 2 inci Halia (dipotong hiris)
  • Santan Kara (medium) untuk 4 orang makan, bergantung berapa orang makan)
  • 1 sudu makan Garam
  • 3 gayung Beras
Bahan bahan (b): Ayam Goreng

    (b) i: (dikisar)
  • sedikit Lada Kering
  • 2 biji Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • sedikit Jintan Halus
  • sedikit Jintan Kasar
  • sedikit Biji Ketumba
  • 1 inci Halia
  • 2 inci Kunyit Hidup
   (b) ii:
  • 1 sudu Garam
  • Ajinamoto
  • Tepung Ubi
  • 2 biji Telur
  • Ayam
Cara cara:

[NASI]
Tuangkan tiga gayung beras, korset seperti masak Nasi biasa. Masukkan halia, santan dan garam. Gaul sehingga santan serap pada beras, masukkan pula daun pandan. 

[AYAM GORENG]
Cuci ayam sehingga bersih dan tiada darah terkeluar. Lalu dimasukkan bahan bahan yang telah dikisar tadi, gaul sedikit dan dimasukkan bahan b. Gaul lagi sehingga rata lalu diketepikan setengah jam sehingga sejam. 

Selesai...

Thursday, November 12, 2020

Udang Tumis Masak Cili Padi

 


Bahan bahan (a):

  • 1 kotak santan Kara: - (medium)
  • 1 packet Tahu Kering: - (campur)
  • 1 ikat Suun
  • 3 - 4 biji Kentang
  • Udang
  • Rencah-rencah: - Garam dan Ajinamoto
Bahan bahan kisar (b): 
  • 6 - 7 batang Cili Padi Hijau - ikut pedas disukai
  • sebatang Serai
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia dan kunyit
  • 3 biji buah keras
Cara cara:

Dahulu, kisar kesemua bahan-bahan B. Panaskan minyak sedikit di periuk, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan tumis 10-13 minit, sambil masukkan air sedikit demi sedikit dan rencah-rencah. 

Masukkan santan(Kara), tahu kering (campur), suun dan kentang. Bersamaan air yang secukupnya. Akhir sekali, masukkan udang. Tambah-tambahkan air sedikit lagi kerana suun menyedut air. Biarkan mendidih seketika sehingga udang masak. Tutup api.

Selesai...




Ikan Lemak Cili Padi

Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

Popular Posts