Tuesday, November 24, 2020

Dalcha Daging

 Biasanya, daging saya rebus terdahulu dengan air secukupnya di periuk besar sehingga hempuk. 

Bahan-bahan untuk Dalcha Daging;
  • 3 biji kentang - belah 4
  • 1 batang lobak merah - buang kulit, potong panjang 1 inci
  • 1 cawan kacang dal - direbus/direndam
  • 1 batang terung
  • 2 biji tomato - belah empat
  • 1 mangkuk kacang panjang / kacang buncis
  • 3 batang lada hijau - potong 4 serong
  • daging tetel / rusuk kambing / tulang lembu
  • 1 packet santan 
  • semangkuk air asam jawa
  • kacang gajus - kisar halus
Bahan rempah;
  • 5 sudu rempah dalcha
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air halia
  • garam secukup rasa
  • 4 sekawan
Cara cara:

Gaul kesemua bahan rempah di dalam mangkuk kecil dengan air
 
Sementara daging direbus, panaskan minyak di periuk lain dan tumis 4 sekawan dengan bahan rempah dan kacau rata sehingga garing. Masukkan air secukupya dan biarkan sehingga pecah minyak. 

Setelah daging nampak empuk, tuang bahan tumisan dan kacang gajus ke dalam periuk daging. Kacau rata dan masak lagi sehingga mendidih. 

Picitkan air asam jawa di dalam mangkuk dan tuang santan. Optional, jika tidak mahu menggunakan santan pun boleh. Masukkan sayuran mula dari kertas seperti: kentang, lobak merah dan kacang panjang. Barulah sayur yang lain dimasukkan kemudian. Akhir sekali, masukkan terung dan tomato. Setelah hampir tutup api, tabur lada hijau. Tutup api.

Selesai...







No comments:

Post a Comment

Ikan Lemak Cili Padi

Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

Popular Posts