Sunday, December 18, 2022

Ikan Masak Masam Manis

-bahan (a) : tumis


  • Bawang Merah / Bawang Holland - 3 ulas
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Halia - 1 inci
Bahan (b) 
  • Cili Capsicum / Lada merah / Lada hijau - Buang biji lada
  • Carrot - sebiji
  • Tepung Serbaguna ( optional for fish)
  • Sos Tiram
  • Cili Kering - Segenggam
  • Sos Cili - 2 sudu
  • Sos Tomato - 2 sudu
  • Ikan: Ikan Dory Fillet/ Ikan Tanpa Tulang - goreng bersamaan denga
Cara-cara:

Dahulu, lemah Ikan dengan Tepung dan Telur. Biar seketika lalu goreng Ikannya sehingga rangup. Diketepikan. Kisar lada kering dengan lebihan sedikit air.

 Panaskan minyak di kuali. Tumis bahan-bahan a, bahan penumis sehingga naik bau. Masukkan Cili kering yang telah dikisar tadi.

Biarkan seketika sehingga mendidih, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Letak air sedikit, untuk masak bahan-bahan ini.Masukkan serbuk lada putih, gaul sehingga sebati. Masukkan carrot, biarkan sama sedikit kerana carrot perlu sedikit masa untuk kasih hempuk.

Sehingga hampir tutup api, baru dimasukkan cili capsicum. Tutup api.

Selesai...












Ikan Masak Taucho

 Bahan-bahan (a) : tumis

  • 3 ulas Bawang Besar - Lebih bawang Lebih Sedap
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2-3 batang cili padi merah - Potong 3
  • 2 inci Halia
Bahan-bahan (b) :
  • Semangkuk air asam jawa
  • Santan packet kecik
  • 3 sudu taucho
  • Ikan - dilemas dengan dengan garam dan kunyit 
Cara-cara :

Dahulu goreng Ikan yang dilemah tadi. Ketepikan. Campurkan air asam jawa bersamaan dengan santan packet.

Panaskan sedikit minyak di periuk, tumis kesemua bahan-bahan A, sehingga naik bau. Masukkan air asam  jawa yang disediakan tadi dengan secukup air.

Masukkan taucho. Pecahkan taucho dan di gaulkan sehingga sebati. Tambah sedikit air jika perlu.

Biarkan masak sehingga mendidih, lalu masuk Ikan yang telah di goreng, tutup api.

Selesai...


Tuesday, December 13, 2022

Asam Pedas Ayam

 

Bahan-bahan untuk resepi Asam Pedas Ayam

  • ayam 
  • 1 biji bawang besar - dipotong hiris untuk menumis
  • semangkuk air asam jawa - asam jawa harus dilebihkan untuk semua jenis lauk asam pedas
  • sehelai daun kunyit

Bahan mengisar;

  • semangkuk lada kering 
  • 2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 genggam kecil lada hitam
Cara cara: 

Dahulunya bersihkan ayam.
 
Kisar halus kesemua bahan-bahan A bersama dengan Lada Hitam. Panaskan minyak di agak banyak mengikut jumlah bahan lada kisar. Tumis bawang merah yang dipotong hiris sehingga garing. masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga cili masak dan naik minyak. 

Biarkan seketika 5-10 minit, sambil masak air sedikit demi sedikit supaya cili tidak hangus.Tuangkan air asam jawa yang telah di ramas dua mangkuk. Tuang sehingga mencukupi untuk masukkan Ayam. 

Masukkan rencah:Garam, gula sedikit, ajinamoto dan maggi cukup rasa. 

Baru dimasukkan Ayam dan daun kunyit. Biarkan mendidih sehingga lauk masak dan sebati. Biarkan seketika, tutup api.

Selesai...

Ikan Lemak Cili Padi

Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

Popular Posts