Monday, August 23, 2021

Rendang Sotong

 Bahan-bahan:

  • 5oo gm Sotong - (dipotong sama seperti lauk Sotong Hitam, buang tulang tapi buang air hitam)
  • Santan - (medium)
  • 2 sudu besar Kerisik
  • Daun Limau Purut
  • Garam dan Gula
Bahan kisar:
  • 20 tangkai Cili Kering
  • 5 biji Bawang Merah
  • 3 biji  Bawang Putih
  • 3 batang Serai
  • 3cm Lengkuas
  • 3cm Halia
  • 3cm Kunyit Hidup
Cara-cara:

Kisar kesemua bahan-bahan kisar. Panaskan minyak di periuk.

Tumis bahan- bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak, masuk santan, kerisik dan daun limau purut. Kacau hingga rata dan biar masak seketika sehingga pecah minyak lagi. 

Masuk sotong, dan rencah-rencah: garam,ajinamoto dan gula sedikit. Biarkan lagi sehingga sotong masak. Tutup api.

Selesai...

Ikan Lemak Cili Padi

Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

Popular Posts