• 4 sudu Gula
• 2 sudu Air
Bahan-bahan Tepung Adunannya
•1 sudu the Susu Cair
•4 biji Telur
• 3 sudu Susu Pekat Manis
• 1 sudu kecil Esen Vanilla
Cara-caranya:
Pertama sekali, cairkan 4 sudu gula ke dalam kuali dengan api yang sederhana sahaja. Setelah berbuih, tutup api, masukkan air. Kacau hingga rata, tuang ke dalam loyang, ratakan dan diketepikan.
Kemudian tuangkan susu cair, telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati lalu ditapiskan ke dalam loyang yang diketepikan tadi.
Tutup loyang dengan plastic wrap yang jarang lalu dikukuskan pada suhu yang sederhana.