Tuesday, February 27, 2024

Ikan Lemak Cili Padi


Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi

Bahan-bahan;

  • 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit
  • santan - sukatan 1 kotak saiz medium
  • 1 tangkai serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit & 1 tangkai daun limau
  • 1 keping asam keping
  • 3 biji buah keras
  • garam secukup rasa
Bahan mengisar;
  • 7-8 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
Goreng ikan yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Sementara itu, kisar kesemua bahan pengisar.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kesemua bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan bahan-bahan masak selama 8-10 minit, sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan asam keping, kemudian masukkan santan dan daun-daun. 

Tambah air mengikut ukuran ikan. Gaul lauk sehingga rata dengan sebati. Biarkan mendidih sehingga 5-10 minit, lalu masukkan Ikan yang telah digoreng, gaul sehingga rata, tutup api. 

Selesai...

Rempah Ayam Panggang

 Bahan-bahan:

  • 1 sudu Rempah Kari Daging
  • Sedikit Sos Tiram
  • Sedikit kicap
  • 1 sudu Serbuk Lada 
  • 1 sudu Air Halia
  • Sedikit garam


Ikan Lemak Cili Padi

Bahan untuk resepi Ikan Lemak Cili Padi Bahan-bahan; 1 ekor ayam/kepak - lumur garam & serbuk kunyit santan - sukatan 1 kotak saiz mediu...

Popular Posts